Setelah kemenangan besar 5-0 ke atas Felcon FC , pengurus ngk-FC ketika ditemui selepas perlawanan menyatakan pemain-pemain dan staf ngk-FC akan terus fokus untuk perlawanan seterusnya terutama sekali menentang SCARY FC pada persaingan piala dan juga baki 2 perlawanan peringkat liga.
"Walaupun dari segi mata dan jumlah jaringan , kami mempunyai kelebihan diperingkat liga , kami tidak akan berhenti bertarung selagi kejuaraan liga belum kami miliki. Saya meminta kesemua pemain dan juga staf untuk fokus 110% bagi menghadapi pertemuan dengan SCARY FC. SCARY FC sebuah kelab yang besar , ternama dan jauh lebih berpengalaman , namun itu hanya diatas kertas. Di atas padang nanti , kami akan menunjukkan kemampuan kami. Sayang juga , pemain tengah kami Harold Hammond tidak akan bersama pasukan hingga ke hujung musim kerana mengalami kecederaan."
nagakeciks juga menyatakan , beliau faham dengan kemahuan Charlie Farleigh untuk merangkul gelaran penjaring terbanyak liga , dan memberikan pengesahan penyerang itu akan bermain dalam 2 baki perlawanan liga, sekiranya ngk-FC menang selesa pada pertemuan dengan SCARY FC nanti.
Monday, September 1, 2008
Menumpaskan Felcon FC
Posted by nagakeciks at 2:05 AM 1 comments
Saturday, August 30, 2008
ngk-FC ke final Cup Of The Damned
Setelah menewaskan alienxFC 2-0 ditempat lawan dan 3-0 ditempat sendiri , ngk-FC layak ke final Cup Of The Damned.
Pesaing di final adalah pasukan pilihan kejuaraan , SCARY FC yang mana kini berada pada kemuncak prestasi mereka.
Pengurus ngk-FC , nagakeciks ketika ditemubual melalui Yahoo Messenger malam tadi , menyatakan beliau dan pemain-pemain tidak akan gentar dengan rekod SCARY FC.
nagakeciks juga menyatakan , SCARY FC akan berada dalam keadaan lebih tertekan disebabkan menjadi pilihan kejuaraan. Ketika ditanya mengenai strategi yang akan digunakan , nagakeciks hanya tersenyum dan menyatakan "Tunggu & lihat. Di peringkat liga , kami sudah pun berada pada kedudukan selesa dengan hanya 3 baki perlawanan. Namun kami tidak akan memandang mudah setiap perlawanan."
Sebelum menamatkan perbualan , nagakeciks meminta semua penyokong ngk-FC untuk hadir ke stadium dan memberi sokongan.
Posted by nagakeciks at 11:09 PM 1 comments
Monday, August 25, 2008
ngk-FC vs Cikampek
ngk-FC berjaya mengukuhkan lagi kedudukan dalam saingan liga apabila menewaskan saingan mereka , Cikampek 2-1 hasil jaringan Hank Latchford dan Des Ashford.
Pengurus ngk-FC , nagakeciks menyatakan kekaguman beliau atas semangat juang yang dipamerkan pemain-pemain ngk-FC walaupun kepenatan dalam menempuhi saingan liga dan juga piala.
Namun begitu , beliau juga mengingatkan pemain-pemain untuk tidak leka disebabkan masih ada beberapa baki permainan dalam saingan liga. Pada saingan piala pula , ngk-FC akan menentang AlienxFC untuk pertemuan kedua , ditempat sendiri.
Cikampek yang menduduki tangga kedua liga , kini ketinggalan 6 mata dibelakang ngk-FC selaku pendahulu liga.
Posted by nagakeciks at 9:46 AM 0 comments
Friday, August 22, 2008
ngk-FC vs AlienxFC
Pertemuan pertama separuh akhir diantara ngk-FC dan AlienxFC berakhir dengan kemenangan 2-0 kepada ngk-FC.
Walaupun bermain ditempat lawan , pemain-pemain ngk-FC tidak menunjukkan sebarang ketidakyakinan apabila mereka terus mengasak kubu pertahanan AlienxFC sebaik sahaja wisel permulaan ditiup. Benteng pertahanan ngk-FC pula seperti dinding tebal buat pemain AlienxFC apabila setiap serangan balas berjaya dipatahkan.
Gol pertama dijaringkan oleh kapten ngk-FC , Dion Townley hasil sumbangan Will Edworthy. Gol kedua pula dijaringkan oleh Howie Alcock , penyerang ngk-FC yang disenaraikan sebagai kesebelasan utama untuk perlawanan ini menggantikan Charlie Farleigh.
Pengurus ngk-FC , nagakeciks ketika ditemui selepas perlawanan menyatakan beberapa pemain utama terpaksa direhatkan bagi menghadapi perlawanan getir menentang Cikampek bagi persaingan liga.
Posted by nagakeciks at 5:54 AM 0 comments
Thursday, August 21, 2008
Welcome...
Blog for ngk-FC officially launched today
I'll start posting some information regarding ngk-FC soon.
Posted by nagakeciks at 11:26 AM 1 comments